Home
Produk
Imbuhan
Kalkulator
Syarikat
>> DAFTAR<<
Pembelian
Berita Terkini
Testimoni
FAQs
Hubungi Kami
BLOG
>>LOGIN<<
MyTonePlus.com - Revolusi Menakjubkan
FAQs

Anda dikenalkan oleh : Kamaruzaman Zainal (KZ) | Tel : 010-771 3006
Tarikh : 29/06/2017

 

Soalan Lazim Ditanya


1.0     Program dan Pelaksanaan Bisnes
2.0     Produk, Teknikal dan Kelebihan
3.0     Laman Web MyTonePlus.com

 

 

1.0      Program dan Pelaksanaan Bisnes








1.1      Siapakah entiti penting program ini?


Pengendali program adalah syarikat Tone Group Sdn Bhd melalui anak syarikatnya iaitu Tone Plus Sdn Bhd. Laman web rasmi syarikat pengendali adalah di www.toneplus.com.my

Perkhidmatan produk dibekalkan oleh Tune Talk Sdn. Bhd. (Tune Talk) Laman web pembekal perkhidmatan produk ini adalah di www.tunetalk.com .

Laman Web Promosi MyTonePlus di www.mytoneplus.com ini adalah sebuah laman web peribadi dipunyai oleh ADMIN Kamaruzaman Zainal seorang ahli program ini yang bertaraf Premium Branch. Laman web ini bertujuan membantu ahli mempromosi bisnes ini secara online. 

1.2      Bagaimana konsep perniagaan Program Rujukan Tone Plus ini?

Mengajak rakan-rakan menggunakan talian Tune Talk melalui Simkad program rujukan ini iaitu Prepaid Program Tone Plus. Anda akan mendapat komisyen 3% hasil dari Top Up 3 rakan pertama. Apabila anda mendaftar rakan ke empat (4) dan seterus, anda akan dibayar sebanyak 13% dari hasil Top Up kesemua rakan yang telah anda taja ke dalam program ini. 

Anda menerima komisyen Top Up 13% selama mana mereka menggunakan prepaid ini.


1.3      Siapa pengendali program ini dan bagaimana mereka membayar komisyen ahli?


Pengendali program ini adalah syarikat Tone Plus Sdn. Bhd. Syarikat akan membayar komisyen anda dengan cara memindahkan jumlah komisyen terus ke akaun peribadi anda pada tarikh 25hb setiap bulan.

Syarikat tidak menyimpan komisyen tersebut dan akan memasukkan terus ke akaun anda apabila jumlah komisyen melebihi RM30.00.

1.4      Apa kaitan program Tone Plus dan program Tone Excel?

Kedua-dua program Tone Excel dan program Tone Plus adalah program yang dikendalikan oleh syarikat Tone Group Sdn Bhd. Program Tone Excel telah dilancarkan melalui anak syarikatnya iaitu Tone Excel Sdn Bhd pada Ogos 2010. Sehingga ini, Tone Excel telah mempunyai lebih 400,000 pengguna (sehingga Jun 2014).

Berikutan kejayaan memberangsangkan program Tone Excel menyebabkan Tone Group melancarkan program kedua terbarunya ini iaitu Program Tone Plus. Ia yang telah dilancarkan pada Oktober 2012.

Lembaga Pengarah syarikat penganjur iaitu Tone Excel Sdn Bhd. dan syarikat Tone Plus Sdn Bhd. adalah individu-individu yang sama.


1.5      Apa perbezaan utama kedua-dua pelan Tone Excel dan Tone Plus?

Perbezaan utama adalah pembayaran Bonus Tajaan (Fast Track) dan Pelan Imbuhannya.

Dalam program Tone Excel, Bonus Tajaan RM20 dibayar ke akaun anda pada bulan berikutnya (bersama komisyen) sementara program Tone Plus pula membayar secara Tunai RM20 setiap kali anda menaja.

Tone Excel menggunakan Pelan Imbuhan Unilevel 3 Aras, sementara Tone Plus menggunakan Pelan Imbuhan yang dinamakan Sistem Reverse 2-Up.


Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pelan imbuhan Tone Excel di laman web www.wowfreecall.com dan pelan imbuhan Tone Plus di laman web www.mytoneplus.com .

1.6      Apa itu Sistem Reverse 2 Up?

Sistem Reverse 2 Up adalah satu sistem revolusi terbaru, dimana syarikat memberikan bantuan menambahkan rangkaian anda secara otomotik.

Dalam sistem ini, anda perlu berkongsi 2 pengguna anda dengan Penaja. Ia berlaku sekali sahaja iatu sewaktu anda menaja 4 pengguna terus.

1.7      Adakah boleh pilih 2 pengguna tersebut?

Tidak. Ia dilakukan secara rawak oleh sistem komputer syarikat.

1.8      Adakah perlu berkongsi 2 pengguna tersebut setiap kali menaja 4 pengguna?

Tidak. Ia berlaku hanya sekali sahaja iaitu sewaktu anda menaja 4 pengguna pertama. Pengguna ke 5 dan seterusnya tidak lagi dikongsikan dengan Penaja.


1.9      Bagaimana nak sertai program ini?


Untuk sertai program ini, anda perlu membeli 1 keping Simkad Tone Plus, mendaftarkannya atas nama anda sebagai ahli pengguna dan menggunakan Simkad seperti biasa.
 

1.10      Bagaimana nak dapatkan Sim Kad ini?


Daftar percuma terlebih dahulu di laman web MyTonePlus.com ini, kemudian LOGIN ke dalam Pejabat Maya. Seterusnya, klik menu PEMBELIAN untuk membeli Sim Kad. Anda boleh mula membeli 1 keping untuk diri anda sendiri atau terus membeli untuk pengguna yang akan anda taja. 

Buat pembayaran ke akaun bank MyTonePlus DotCom terlebih dahulu, sebelum anda mengisikan borang maklumat pembayaran yang terdapat dalam menu PEMBELIAN tersebut. Setelah itu, pihak ADMIN akan menghantar Simkad secara Poslaju kepada anda dalam 3 hari. 

Sila semak email untuk maklumat pembayaran dan penghantaran. Sekiranya anda tidak dapat sebarang maklumat tentang pembayaran setelah 7 hari membayar, sila hubungi 010-8009117.


1.11      Apakah langkah seterusnya?


Setelah anda menerima Simkad ditangan, anda perlu mengikut cara langkah demi langkah untuk menyertai kami. Sila Login ke Pejabat Maya anda dan klik menu LANGKAH ANDA Step by Step di sebelah panel kiri.

Jika anda tidak boleh masuk ke Pejabat Maya laman web ini, bermakna anda belum mendaftar PERCUMA lagi di laman web ini. Sila daftar secara PERCUMA dahulu.

Untuk pengetahuan, apabila menerima Simkad Tone Plus ditangan, terdapat 2 cara anda boleh didaftarkan ke dalam program ini. Pertama, Penaja anda boleh mendaftarkan anda secara Online di akaun ahli peribadinya. Jika Penaja anda tidak biasa menggunakan Online, anda boleh melakukanya secara SMS. Untuk mengetahui caranya dengan lebih terperinci, sila Login ke Pejabat Maya 

 

1.12      Perlukah saya mengisi borang keahlian?

Ya. Borang perlu diisikan oleh anda dan dihantar semula kepada:

Kamaruzaman Zainal (ADMIN)
Peti Surat 6006, Pudu,
55700 Kuala Lumpur

Cara-cara mengisi borang ada terdapat di menu Panduan Borang Keahlian.

Walaubagaimanapun, pendaftaran menggunakan "Cara SMS" tidak perlu menghantar borang pendaftaran.


1.13    Berapakah harga bayaran yang dikenakan?

Harga jualan prepaid Tone Plus adalah RM98.58 sekeping (termasuk GST) tidak termasuk kos penghantaran Poslaju (untuk penghantaran dalam Malaysia sahaja). Jumlah besar adalah RM105.00 sahaja. Di dalam Sim Kad tersebut telah siap tersedia nilai tambah (Top Up) bernilai RM30.00.

ADMIN menasihatkan anda mendapatkan Sim Kad ini dari Penaja anda dahulu atau Service Center yang berdekatan. Sekiranya Penaja anda tidak mempunyai stok, baru lah anda membeli dari ADMIN.

1.14    Bagaimana membeli dan menjual Sim Kad Tone Plus ini?

Setelah anda menjadi ahli, anda boleh membeli Simkad Tone Plus pada harga RM78.58 sekeping (termasuk GST) dari ADMIN untuk dijual kepada ahli pengguna baru pada harga RM98.58 sekeping (termasuk GST). Keuntungan RM20 adalah Bonus Tunai (Fast Track) kepunyaan anda. Sila simpan untuk duit minyak anda. Kalau boleh taja 5 pengguna sehari, dah tentu ada RM100 duit minyak!.

1.15    Saya tidak mampu beli Simkad tambahan. Bagaimana nak jalankan bisnes ini?

Anda hanya beli 1 Sim Kad dari PENAJA anda atau dari ADMIN laman web ini untuk jadi ahli. Selepas itu, anda beli ikut kemampuan anda melalui laman web ini.

Jika anda ingin mudah, minta propek baru mendaftar di laman web promosi replika anda dan minta dia beli terus dengan ADMIN. Tetapi, anda akan terlepas Bonus Tunai tersebut jika prospek beli dari laman web ini. Itu sebabnya, anda perlu simpan Stok Simkad.


1.16    Bolehkah warganegara asing join program ini?

Ya boleh, dengan syarat ada nombor passport dan mempunyai akaun bank Malaysia.


1.17    Bolehkah mereka yang telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi join program ini?

Ya, boleh.

1.18    Bolehkah mereka yang telah muflis join program ini?

Ya, boleh. Sangat digalakkan untuk bina hidup baru.


1.19    Apakah syarat layak komisyen?

Syarat layak komisyen adalah 2 perkara:
 

  1. Anda akan menerima komisyen 13% hanya setelah merujuk 4 ahli baru kedalam program ini. Jika belum, anda hanya menerima 3% sahaja.
  2. Maintain bulanan ialah anda perlu membeli Top Up berjumlah RM30.00 dalam masa sebulan.  



1.20    Bagaimana cara maintain Top Up RM30 pada 1 bulan ini dikira?

Top Up RM30 dikira mengikut tarikh kalendar tahunan. Ini bermakna ia bermula pada 1 haribulan sehingga tarikh akhir bulan tersebut samada 28, 30 atau 31 haribulan.

1.21    Adakah saya perlu Top Up RM30 tersebut sekali gus untuk layak menerima komisyen?

Jumlah RM30.00 boleh sekali gus atau anda juga boleh Top Up sedikit-sedikit asalkan jumlahnya RM30.00 sebulan.

1.22    Bila dan siapakah yang akan membayar komisyen saya?

Pembayaran dilakukan oleh syarikat penganjur iaitu Tone Plus Sdn Bhd terus ke akaun bank anda pada 25 haribulan setiap bulan.


1.23    Bagaimana jika komisyen saya pada bulan tersebut kurang RM30.00?

Jumlah tersebut dikumpul dan akan dibawa ke bulan hadapan.


1.24    Adakah sebarang tolakan dari pembayaran komisyen?

Ya. Setiap satu transaksi pemindahan komisyen akan dikenakan tolakan RM3.00 yang merupakan Caj Perkhidmatan Bank.


1.25    Apa jadi jika saya tidak Top Up minima RM30.00?

Anda tidak dapat komisyen pada bulan itu sahaja dan komisyen tersebut tidak dikembalikan. Jika bulan berikut anda Top Up RM30.00, maka anda layak semula dapat komisyen bulan berikut.

1.26     Jika ahli Pengguna (downline) Top Up kurang dari RM30. Adakah saya akan menerima komisyen 13% daripadanya? 

Ya. Jika anda sendiri layak setelah Top Up RM30 sebulan dan telah menaja 4 pengguna baru, anda akan menerima komisyen 13% walau berapa pun jumlah Top Up pengguna anda.

 

1.27    Apa jadi jika saya telah merujuk hanya 1 atau 2 atau 3 orang sahaja? 

Setelah 30 hari dari anda bermula, jika anda masih tidak mendapat 4 ahli pengguna baru, maka anda tidak berhak menerima sebarang pengguna baru yang dikongsi oleh pengguna tajaan anda. Pengguna-penguna yang dikongsi tersebut akan dihantar terus kepada Penaja anda.

Walaubagaimanapun, 1,2,atau 3 pengguna tajaan anda akan terus kekal bersama anda.

Sementara itu, komisyen dari hasil Top Up ahli tajaan anda adalah hanya 3% sahaja selagi anda belum mendapatkan 4 orang.


1.28    Bilakah masa 30 hari itu bermula dan bagaimana ia dikira?

30 hari dikira bermula pada tarikh anda mendaftar sebagai ahli Tone Plus secara rasmi. Iaitu pada tarikh anda mendapat nombor keahlian TPA.

 

1.29     Setelah saya mendapat 4 pengguna baru, adakah saya boleh menambah bilangan pengguna baru?


Ya. Anda boleh terus menambah pengguna baru seberapa ramai pun tanpa had setelah anda mendapatkan 4 ahli pengguna yang pertama.

Pengguna ke-5 dan seterusnya yang anda taja tidak akan di hantar kepada upline anda lagi. Pengkongsian 2 pengguna kepada Upline hanya berlaku sekali sahaja iaitu sewaktu anda mendapat 4 pengguna pertama.


1.30    Bagaimana Bonus Tahun Baru dikira dan bila ia dibayar?

Bonus Tahun Baru dikira setiap bulan berdasarkan pendapatan anda pada bulan tersebut. Ia akan disimpan dan hanya dibayar sekali sahaja setiap tahun pada bulan 25 Januari tahun beriikutnya.

1.31    Kenapa saya tidak menerima komisyen?

Pertama, semak samada pengguna anda telah Top Up. Jika mereka pengguna Simkad yang baru menjadi ahli, adakah mereka telah melakukan 1 panggilan atau 1 SMS yang pertama?

Kedua, semak kelayakan anda. Adakah anda layak? Anda telah Top Up RM30? 

Ketiga, perhatikan akaun bank anda, syarikat menggunakan akaun bank Ambank. Jika anda juga Ambank maka komisyen akan masuk hari yang sama (25hb). Jika selain akaun Ambank, maka kemasukan adalah 1-2 hari lewat. 

Keempat, paling penting sila lihat maklumat akaun bank anda. Adakah ia betul?

Jika semuanya teratur dan anda masih tidak menerima komisyen, sila call Care Line di 010-7727587 atau email dengan semua maklumat anda ke info@tonegroup.net


1.32    Saya telah membuat Top Up tetapi kenapa rekod di laman web ahli tidak update dan tidak menunjukkan rekod Top Up tersebut.?

Kemaskini rekod Top Up di laman web ahli berlaku setelah 4-5 hari iaitu setelah pihak Tone Plus menerima rekod Top Up tersebut dari pihak Tune Talk. Jika anda telah Top Up pada hari terakhir hujung bulan dan agak risau tentang komisyen anda, sila talipon Ibupejabat setelah 4-5 hari anda melakukan Top Up tersebut.

 

1.33    Bolehkah seseorang menjadi ahli program tetapi akaun banknya adalah atas nama orang lain? 

Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah ahli program perlu mengisi borang memberikan kebenaran kepada syarikat penganjur Tone Plus Sdn Bhd untuk memasukkan jumlah komisyen tersebut kepada akaun yang dinamakan.

Borang tersebut boleh di download di Pejabat Maya dan klik Ruang Download di panel kiri.

Sila download borang ‘3rd Party Bank Account’ tersebut, isikan dan fax ke 03-9057 5906.

1.34    Adakah keahlian tamat sekiranya lama tidak menaja sesiapa? 

Tidak


1.35    Bagaimana keahlian tamat?

Cara paling mudah untuk mengetahui samada keahlian kita tamat atau tidak adalah melihat samada Sim Kad anda masih aktif atau tidak. Jika anda telah Top Up RM5 pun ke dalam Sim Kad dan ia masih tidak aktif lagi bermakna Sim Kad telah tamat tempoh maka keahlian Tone Plus anda juga tamat.

Untuk pengetahuan, Sim Kad Tone Plus memberikan tempoh 45 hari untuk Top Up selepas tamat tempoh Top Up anda. Selepas 45 hari, Sim Kad tidak boleh digunakan lagi. Jika Simkad anda luput, maka keahlian anda juga lupus. Akaun anda dikira tamat. 


Tiada rayuan dibenarkan. Anda perlu buka akaun baru semula jika ingin terus bersama program ini. 

1.36    Apakah laman web rasmi syarikat untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen?

Laman web rasmi ahli adalah di www.toneplus.com.my. Setelah anda secara rasmi menjadi ahli program maka anda akan mempunyai satu akaun peribadi disini. Sila Login untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen anda. Sila edit sebarang perubahan maklumat yang ingin dilakukan.

Setelah menjadi ahli rasmi program, anda akan dibekalkan dengan ‘username’ iaitu No IC/passport anda dan ‘password’ awal 1234 yang boleh diubah semula oleh anda.

Anda boleh mendaftarkan ahli pengguna baru dibawah tajaan anda di laman web rasmi ini.

1.37    Bagaimana jika saya terlupa password untuk masuk ke laman web rasmi syarikat untuk melihat komisyen?

Anda perlu membuat panggilan secara terus ke Ibu Pejabat dan bekalkan maklumat peribadi kepada mereka. Ibu Pejabat akan setting semula password untuk anda.


1.38    Bagaimana memperbaharui keahlian yang tamat?

Anda perlu beli Sim Kad baru dan daftar semula.

1.39    Bolehkah saya buka banyak akaun ahli atas nama sama? 

Boleh. Tetapi penaja mestilah penaja yang sama. Anda dibenarkan mendaftar 7 akaun ahli dengan menggunakan Sim Kad dan nombor Tune Talk berbeza.

 

1.40    Adakah kadar panggilan Tone Plus 28 sen/panggilan mahal? 

Sudahkah anda melihat kadar dari DIGI ke telco lain? Jika anda melihatnya, kadar Tone Plus adalah antara yang termurah.

Keduanya, kita tidak boleh membandingkan secara terus nilai sesuatu pelan samada murah atau mahal kerana yang nyata pelan yang ada di pasaran adalah untuk mengutip duit prepaid anda! Sementara pelan Tone Plus membayar kembali sebahagian kepada anda.

Faktor harga semata-mata bukan lah tarikan utama dalam pemasaran sesuatu program.

 

1.41    Bolehkah mereka yang tinggal di Brunei, Singapura dan Indonesia menyertai program ini?

Memang ramai penduduk negara tersebut yang bertanyakan perkara ini kepada ADMIN. Walaubagaimanapun, program ini tidak terdapat di negara-negara tersebut lagi.

Walaupun penduduk negara tersebut boleh menyertai program ini tetapi beberapa perkara pokok perlu diatasi. 

Pertama, Sim Kad boleh digunakan dengan cara ‘roaming’ apabila digunakan di luar negara. Maka, kadar call adalah kadar roaming di negara terbabit.

Kedua, tempat Top Up tiada di Negara-negara terbabit. Bagi penduduk di Singapura, ia boleh Top Up di Johor Bharu, Bagi Brunei pula adalah di Limbang. 

Ketiga, akaun bank mesti bank Malaysia. Jika mereka ada akaun bank Malaysia, maka tiada masalah pembayaran komisyen. 

Tiada halangan untuk menyertai program ini jika ketiga-tiga perkara diatas boleh diatasi.

 

1.42    Bolehkah anda buat bahan bercetak atau laman web sendiri untuk mempromosi bisnes ini?

Ya. Boleh. Anda boleh hubungi Ibu Pejabat Tone Plus bagi memastikan bahan-bahan anda tidak terkeluar dari garis panduan yang telah dibenarkan.


 

 

2.0      Produk, Teknikal dan Kelebihan

 
            


 


2.1      Talian apa yang digunakan oleh prepaid Tone Plus dan Top Up apa yang perlu dibeli?

Prepaid Tone Plus menggunakan talian Tune Talk. Apabila anda beli Top Up, anda hanya perlu sebut “Top Up Tune Talk” dan bukan Top Up Tone Plus!

 

2.2      Bagaimana dengan coverage Tune Talk?

Tune Talk menggunakan infrastruktur Celcom. Jika coverage Celcom di kawasan anda bagus maka Tune Talk pun sama juga.

2.3      Bagaimana CELCOM terlibat?

Tune Talk adalah syarikat telekomunikasi 'Mobile Virtual Network Operator' (MVNO) yang di luluskan oleh CELCOM. Pihak CELCOM mempunyai 35% saham di dalam syarikat Tune Talk.

 

2.4      Bagaimana kadar panggilan keluar negara?

Kadar panggilan keluar negara boleh di lihat disini. Klik SINI

 

2.5      Bagaimana kadar panggilan Tone Plus jika saya berada di luar negara?

Ia menggunakan kadar ‘roaming’ . Kadar panggilan roaming boleh di lihat disini. Klik SINI

 

2.6      Kenapa terdapat kadar Tune Talk semurah 16 sen/ panggilan dan 5 sen/sms di pasaran?

Ketahui bahawa terdapat 3 pelan Tune Talk yang berbeza di pasaran iaitu:

 

  1. Pelan biasa yang dijual di kedai-kedai pada harga RM5.00 satu Sim Kad. Pelan ini tiada program rujukan. Anda tidak mendapat komisyen apabila merujuk orang. 
  2. Pelan Tone Plus, harga RM98.58 sekeping, 28 sen/panggilan dan 10 sen/sms. Ada program rujukan dan diedarkan oleh ahli Tone Plus sahaja. Program rujukan menggunakan sistem pembayaran komisyen Unilevel 3 Aras apabila menaja ahli baru.
  3. Pelan Tone Plus, pelan terbaru, harga RM90 sekeping, 28 sen/panggilan, 10 sen/sms. Ada program rujukan dan diedarkan oleh ahli Tone Plus sahaja. Program rujukan mengunakan sistem pembayaran komisyen Reverse 2-Up apabila menaja ahli baru. 

 

2.7     Adakah Sim Kad Tone Plus ini sama dengan Sim Kad Tune Talk yang dijual di kedai-kedai pada harga RM5.00?

Tidak. Sim Kad talian prepaid Tune Talk yang dijual di kedai-kedai terbuka tidak termasuk dalam pelan Tone Plus ini. Ia adalah pelan biasa prepaid seperti yang terdapat di pasaran. Ia juga tidak boleh digunakan untuk menyertai program ini.

 

2.8      Bagaimana cara kekal nombor lama?

Anda perlu dapatkan Sim Kad Tone Plus dahulu, setelah itu satu nombor talian Tune Talk akan diberikan kepada anda (010/011). Sim Kad Tone Plus ini perlu diaktifkan seperti biasa menggunakan nombor baru tersebut.

Setelah itu, anda boleh melakukannya mengikut tatacara Langkah 5 seperti di LANGKAH ANDA Step By Step di dalam Pejabat Maya.

Pastikan anda telah menerima Sim Kad Tone Plus dahulu dan ia berada di tangan sebelum anda melakukan pengekalan nombor. Ini bagi mengelakkan komplikasi. Syarat-syarat pengekalan terdapat dalam menu tersebut di Pejabat Maya. 

 

2.9      Bagaimana check baki dan lain-lain fungsi?

 

  • Untuk Top Up adalah *122*<16 Digit># dan Call
  • Untuk Check Baki *133# dan call
  • Untuk kongsi kredit *111# dan pilih no 3 (kredit)

 

2.10      Bagaimana setting untuk kadar Istimewa Blackberry?

  

Untuk setting Blackberry, sila klik SINI

 

2.11    Bagaimana setting MMS?

 

Pada ketika ini, Tone Plus tiada fungsi MMS.

 

2.12    Bagaimana setting untuk akses internet GPRS?

 

Untuk melayari internet, anda perlu gunakan GPRS. Taipkan SET dan hantar ke 20999. Sila ikut arahan yang diberikan.

 

2.13    Apa perlu dilakukan apabila kehilangan Sim Kad?

 

Pertama sekali buat laporan terus ke ADMIN atau Ibupejabat Tone Plus untuk menghentikan penggunaan Sim Kad itu serta merta.

 

Seterusnya, dapatkan Sim Kad ganti melalui ADMIN laman web. Harga satu Sim Kad ganti adalah RM10. Sila tambah RM10 untuk penghantaran Poslaju.

 

2.14    Nombor IC/passport tersilap sewaktu pendaftaran. Apa yang perlu dilakukan?

 

Jika kesilapan nombor IC/Passport adalah kecil seperti kesilapan 1 atau 2 angka, anda boleh melakukan pembetulan melalui akaun anda sendiri. Sila buka akaun keahlian anda dan lakukan di bahagian MEMBER CARE.

Jika kesilapan anda besar, sila hantar maklumat kesilapan tersebut dengan jelas ke Ibu Pejabat melalui email ke alamat info@tonegroup.net.

 

Sila lampirkan SCAN IC/passport dengan jelas.

 

2.15    Setelah melakukan pengekalan nombor lama, handphone boleh terima ‘Call In’ sahaja tetapi tidak boleh ‘Call Out’. Apa perlu dilakukan?

 

Kadang-kadang masalah ini berlaku, betulkan setting dalam hanphone anda dengan langkah berikut:

 

1.    Dalam handphone anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING

.

2.    Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain dari Tune Talk dan CELCOM. Anda kena pilih DIGI atau MAXIS.

 

3.    Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNE TALK atau CELCOM.

 

4.    Sila OFF handphone anda dan ON semual dan cuba buat panggilan keluar dan masuk.

 

Jika masih ada masalah, sila hubungi khidmat pelanggan Tune Talk di 13100 atau 010 5001 333 atau Tone Plus 010-7727 587 untuk pembetulan setting.

 

2.16    Berapakah nilai tambah Top Up yang dijual dan berapa lama tempoh masa kegunannnya?

 

RM 5.00 – 5 Hari

RM10.00 – 11 Hari

RM30.00 – 50 Hari

RM50.00 – 75 Hari

 

2.17    Bagaimana  jika terdapat masalah mendapatkan TAC Bank?

 

Tune Talk – Tone Plus kini telah boleh menerima TAC dari Maybank2U dan CIMBClicks. Jika terdapat masalah, sila pergi ke mesin ATM, tukar ke nombor talipon lain dahulu dan masuk semula dan tukar semula ke nombor Tone Plus anda.

 

2.18    Kenapa Sim Kad perlu segera digunakan dengan cara membuat satu sms atau call selepas ia diaktifkan?

Setelah Sim Kad diaktifkan dan mempunyai nombor, selagi anda tidak melakukan satu sms atau satu call maka sistem Tune Talk tidak mencatitkan penggunaan pertama nombor anda menyebabkan Penaja anda tidak menerima komisyen.

Keduanya, Simkad yang telah berdaftar tetapi tidak digunakan dalam masa 2 minggu akan tamat tempohnya. Ia tidak boleh digunakan lagi.

 

2.19    Bagaimana pelan ‘Top Up’ Tune Talk dan dapat Point (mata) untuk tebus tiket kapalterbang Air Asia berfungsi?

 

Setiap kali anda Top Up anda akan mendapat mata (point). Jika anda kumpulkan point itu, ia boleh ditukarkan ke BIG POINT. BIG POINT adalah akaun dimana anda boleh menukarkan Point dengan menebus barangan, penginapan di Tune Talk Hotel, pakej percutian dan ditukar dengan tiket kapal terbang Air Asia.

Contohnya, anda Top RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda Top RM50, anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan points ini, jika sudah cukup, 3000 Point, sila call Tune Talk di 13100 untuk dialihkan ke akaun BIG POINT. Setelah itu, anda boleh tukarkan dengan tiket Air Asia untuk naik kapalterbang PERCUMA. Contohnya, jika cukup 3000 points, anda boleh terbang ke Langkawi secara PERCUMA.

 

Untuk menyemak point diterima sila dail *133#. Jika anda tidak mendapat point tersebut, sila dail Tune Talk di 13100 dan minta membuat pembetulan.

 

Untuk menyemak maklumat lanjut tentang perkara ini, sila klik SINI

 

2.20    Bagaimana untuk layak mendapat perlindungan Insuran?

 

Perlindungan insuran kemalangan peribadi (PA) adalah PERCUMA, jika anda Top Up RM50 dalam sesuatu bulan. Perlindungan insuran ini diberikan untuk bulan berikutnya. Katakan anda Top Up RM50 bulan ini, maka bulan depan anda dillindungi selama 1 bulan.

Katakan anda tidak Top Up melebihi RM50 bulan hadapan, maka bulan berikutnya anda tidak dilindungi. Ia mengikut bulan ke bulan.

 

2.21    Saya terlupa Top Up RM50 bulan kedua, apakah kedudukan insuran saya?

 

Anda tidak layak insuran di bulan ke 3. Tetapi, jika anda Top Up melebihi RM50 di bulan ke 3, maka anda layak insuran bulan ke 4.

 

2.22    Bagaimana untuk tahu samada anda layak mendapat perlindungan Insuran?

 

Top Up RM50. Untuk memeriksa kelayakan anda samada telah mula dilindungi atau tidak, anda boleh memasukkan nombor IC/passport anda di laman web Tune Talk dan semak atau klik SINI 

 

2.23    Bagaimana untuk tahu ‘policy wording’ atau butir-butir terperinci perlindungan, apa yang layak dan apa yang tidak layak?

Untuk memeriksa butir-butir ‘policy wording’ dan kesemua syarat-syaratnya, sila ke laman web Tune Talk. Anda boleh ‘download’ polisi perlindungan tersebut di  SINI

atau terus ‘download’ fail PDF di SINI
 

2.24    Bagaimana untuk dapatkan borang tuntutan?

Borang tuntutan boleh di ‘download’ di laman web TuneTalk atau klik di SINI

 

2.25    Boleh terangkan tentang penama insuran?

Anda boleh menamakan sesiapa sebagai penerima insuran 50K tersebut. Jika anda ingin menamakan atau mengubah maklumat penama, sila download borang ini dan hantar ke Tune Talk.

Borang boleh didapati di laman web Tune Talk atau klik di SINI

 

2.26    Bagaimana jika saya ingin maklumat lebih lanjut mengenai insuran?

Jika anda mempunyai kekeliruan mengenai insuran, anda boleh mengkaji Soal Jawab insuran (FAQ) di laman web Tune Talk atau klik di SINI.

Anda juga boleh menalipon terus ke bahagian Tune Talk Customer Service Officer di talian 03 2070 2828 atau 03 2070 8033

 

 


 

3.0      Laman Web MyTonePlus.com

 
                   



3.1      Apakah fungsi laman web promosi MyTonePlus.com ini?

Laman web promosi MyTonePlus.com adalah bertujuan untuk membantu anda menguruskan aktiviti mempromosi program Tone Plus secara online. Ia bertindak sebagai alat promosi tambahan untuk anda menaja ahli pengguna baru.

Pendaftaran keahlian dan menjalankan urusniaga bisnes ini masih boleh dilakukan walaupun tanpa melalui laman web ini.


3.2      Apakah kebaikan menggunakan laman web ini?

Anda akan diberikan satu laman web promosi (replika) atas nama anda untuk mempromosi diri anda dalam bisnes ini. Satu link akan diberikan berdasarkan ’username’ yang anda daftarkan di laman web ini. Pemberian laman web promosi atas nama anda ini adalah PERCUMA.

Tugas anda bertambah mudah apabila segala penerangan maklumat telah tersedia di laman web ini. Anda hanya mempromosi link laman web anda sahaja kerana sesiapa yang mendaftar melalui laman web promosi anda akan didaftarkan sebagai prospek ahli pengguna anda.


3.3      Bagaimana cara saya mempromosi dan menaja orang lain menggunakan laman web ini?

Anda mempromosi link laman web promosi anda sahaja. Minta kenalan tersebut membaca maklumat dan bantu beliau memahami segala perkara yang terdapat dalam laman web.

Apabila mereka bersedia, minta mereka mendaftar di laman web promosi anda tersebut. Dengan jelas, nama anda akan tertera sebagai Penaja apabila beliau mula mendaftar.

Seterusnya, mereka perlu membeli Sim Kad seperti mana yang telah di beritahu caranya di Pejabat Maya laman web beliau.
 

3.4      Boleh terangkan cara link dibuat terutama apabila mempromosi di Facebook?

Okay, apabila anda mendaftar di laman web ini, anda diminta memilih ‘username’. Pilih username yang menarik dan mudah diingat kerana anda akan memberikan link anda kepada kenalan. Jika mereka salah eja ‘username’ anda, maka mereka tidak akan sampai ke laman web anda.

Katakan anda telah memilih ‘username’ contohnya – jutawan. Apabila anda berjaya mendaftar diri dalam laman web ini, anda akan mendapat link seperti ini – www.mytoneplus.com/jutawan

Link ini adalah alamat laman web promosi anda. Sesiapa yang mendaftar menggunakan link ini akan menjadi prospek pengguna anda. Anda boleh menyemak senarai prospek-prospek anda di Pejabat Maya.

Apabila anda mempromosi di mana-mana, tulis dengan lengkap, ejaan alamat link tersebut mesti betul. Jangan letak titik atau jarak yang akan menyebabkan link itu salah.

Di Facebook, apabila anda menaip link itu, gambar-gambar yang bersesuaian boleh dipilih. Ayat-ayat promosi boleh ditulis sebelum anda taip link tersebut. Jika anda dapati tiada gambar keluar, anda boleh copy sahaja ayat promosi tersebut bersama alamat link dan buat post yang baru.

3.5      Bagaimana dengan mereka yang tidak ada alamat email?

Laman Web ini bertujuan mempromosi secara Online (Internet). Laman web ini juga banyak menggunakan email yang akan ditujukan kepada anda. Agak sukar bisnes Online beroperasi dan berhubung bila anda tiada alamat surat menyurat secara email. Sila buat satu email sendiri.

3.6      Siapa yang boleh menggunakan laman web promosi MyTonePlus.com ini?

Laman web promosi ini adalah milik peribadi ADMIN. Hanya pengguna Tone Plus yang membeli Sim Kad dari ADMIN laman web ini atau mereka yang membeli dari Penaja yang membeli Sim Kad dari laman web ini sahaja dibenarkan menggunakan laman web ini.

Sila rujuk kepada PENAJA anda untuk mengetahui samada mereka mendapatkan Sim Kad tersebut dari stok ADMIN laman web promosi ini.


3.7 Kenapa akaun MyTonePlus saya belum diaktifkan walau saya telah berdaftar sebagai pengguna?

Pertamanya, ADMIN akan hanya mengaktifkan laman web anda setelah menerima maklumat dari Penaja anda seperti LANGKAH 4 dalam menu LANGKAH ANDA Step By Step. Sila minta penaja anda melakukannya.

Keduanya, Sim Kad hendaklah datangnya dari stok ADMIN. Nombor Sim Kad hendaklah sama dengan nombor Sim Kad stok dari ADMIN. Pastikan PENAJA atau dengan sesiapa pun anda beli Simkad adalah mereka yang membeli dari ADMIN laman web ini.

3.8 Saya telah mendaftar dalam program ini tetapi Sim Kad saya tidak dibeli melalui stok ADMIN laman web ini, bagaimana saya boleh menggunakan laman web ini?

Jika anda ingin menggunakan laman web promosi ini tetapi anda telah pun membeli atau menyertai program ini melalui pembelian Sim Kad yang bukan berasal dari ADMIN laman web ini, sila hubungi ADMIN dengan memberikan ‘username’ akaun web promosi anda dan lakukan pembelian sekurangnya-kurangnya satu (1) keping Sim Kad bagi setiap satu (1) akaun yang akan diaktifkan.

Pihak ADMIN boleh dihubungi secara email di support@mytoneplus.com atau call 010-800 9023.

3.9 Kenapa Penaja perlu hantar maklumat untuk aktifkan laman web?

Penaja anda mempunyai maklumat pendaftaran talian Tune Talk yang dibekalkan oleh anda kepadanya dan hanya PENAJA sahaja yang boleh yang mendaftarkan anda dalam program Tone Plus.

Dengan demikian, ADMIN perlu mendapatkan segala maklumat-maklumat pendaftaran tersebut sebelum mengaktifkan laman web promosi anda.

3.10 Apa perlu saya buat sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas membuat pembayaran?

PENTING! Segala urusan laman web promosi ini berjalan melalui email. Sila semak email anda. Setelah pembayaran dibuat, jika anda tidak menerima sebarang maklum balas melalui email setelah 7 hari bekerja*, sila hubungi ADMIN dengan segera melalui email dan alamatkan ke support@mytoneplus.com.

Anda juga boleh call bahagian pembayaran dan penghantaran di 010-779 7769

 

3.11 Bagaimana untuk menyertai program ini jika saya tidak cekap bisnes online atau tiada internet?

Bisnes ini boleh di jalankan hanya menggunakan handphone anda melalui SMS, untuk lebih lanjut sila login ke Pejabat Maya (Menu = Cara Daftar SMS)

 

Jika anda tidak mendapat jawaban kepada persoalan anda seperti di atas, anda boleh juga menghubungi :

  1. Penaja Anda
    Kamaruzaman Zainal (KZ) | Tel : 010-771 3006
     

  2. Pembekal Talian Tune Talk
    Tune Talk Care Line- 13100
     

  3. Penganjur Program Tone Plus
    Tone Plus Care Line - 010-5000 969/ 010-772 7587
     

  4. ADMIN Laman Web
    Kamaruzaman Zainal - 010-796 2696

     

Anda mahukannya?
Buktikannya sekarang!

 

Daftar secara percuma sebagai ahli laman web ini dahulu
dan seterusnya LOGIN untuk masuk ke PEJABAT MAYA dan
klik menu “LANGKAH ANDA Step By Step”.
Anda akan diajar langkah demi langkah tentang
tatacara untuk menyertai kami.

 

Jadilah Yang Terawal...

 

 

Ahli Terbaru
  •  ScottEstal  - [Negeri : Perak] - 28/06/2017  
  •  ZspienoEncucky  - [Negeri : Brunei Darussalam] - 27/06/2017  
  •  MneriusEncucky  - [Negeri : Singapura] - 27/06/2017  
  •  Hayyi_fikri  - [Negeri : Kelantan] - 27/06/2017  
  •  twjck0  - [Negeri : Johor] - 23/06/2017  
  •  CerarEncucky  - [Negeri : Melaka] - 21/06/2017  
  •  AnanayaEncucky  - [Negeri : Brunei Darussalam] - 21/06/2017  
  •  BludmoonEncucky  - [Negeri : Indonesia] - 21/06/2017  
  •  AnarusEncucky  - [Negeri : Indonesia] - 21/06/2017  
  •  NieblaEncucky  - [Negeri : Kelantan] - 21/06/2017  
  •  AradorEncucky  - [Negeri : Selangor] - 20/06/2017  
  •  MyrnaEncucky  - [Negeri : Johor] - 20/06/2017  
  •  BrarielEncucky  - [Negeri : Kedah] - 20/06/2017  
  •  KabinaEncucky  - [Negeri : Melaka] - 20/06/2017  
  •  BalhalaEncucky  - [Negeri : Perak] - 20/06/2017  
  •  TygolarEncucky  - [Negeri : Melaka] - 20/06/2017  
  •  FeloghmaEncucky  - [Negeri : Brunei Darussalam] - 20/06/2017  
  •  KrousEncucky  - [Negeri : Johor] - 20/06/2017  
  •  TerrenceEncucky  - [Negeri : Indonesia] - 20/06/2017  
  •  SmartSimKad  - [Negeri : Sabah] - 20/06/2017  
 

Jumlah Ahli : 14273 | Pelawat Online : 7 | Jumlah Lawatan : 1637424 | IP : 54.80.131.187